Saturday, December 14, 2013

  بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم


(Ustaz Ahmad bin Shadan)
Dikisahkan oleh Ustaz Ahmad Bin Shadan di dalam majlisnya perihal sebuah keluarga yang mempunyai anak kecil.

Keluarga ini sejak dari anaknya kecil lagi mereka sudah mendidik anaknya bahawa rezeki itu Allah SWT yang beri.

Tiap kali anaknya mahu masuk ke dapur untuk makan, ibunya menyuruh anaknya berdoa mohon rezeki dari Allah SWT kemudian baru masuk ke dapur untuk makan.

Suatu hari, ibu bapanya pulang lewat dari rumah dan makanan masih belum tersedia. Dan anaknya pulang awal ke rumah.

Tiba anaknya di rumah, selepas salin pakaian dan ingin masuk ke dapur lalu anaknya berdoa memohon rezeki dari Allah SWT.

Tak lama kemudian ibubapanya tiba di rumah lalu bergegas ke dapur untuk menyediakan makanan. Lalu mereka terperanjat kerana melihat anaknya sedang makan dan punyai makanan yang banyak.

Ibunya bertanya: Dari mana dapat semua makanan ini? Anaknya menjawab: Bukankah ibu yang mengajarkan kepada saya bahawa rezeki itu Allah yang beri. Subhanallah 

Kelebihan Siwak

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

(Al-Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid)

Dalam satu peristiwa, di zaman Saidina Amr ibn al-'As ketika menjadi gabenor di Mesir.

Terdapat beberapa peperangan yang dilangsungkan untuk membuka kota Mesir, pada masa itu belum lagi tiba pertolongan dari Allah SWT walau mereka gigih berperang untuk membuka kota Mesir.

Kemudian kaum muslimin tertanya-tanya, kenapa pertolongan Allah SWT dalam peperangan ini lama untuk mereka capai kejayaan, maka mereka menghantar surat kepada Saidina Umar Ibn Khattab R.A, mereka menanyakan kenapa pertolongan Allah lambat.

Maka dijawab oleh Saidina Umar Ibn Khattab, cuba kamu tengok serta bermuhasabah kepada diri kamu sendiri mungkin ada benda
²  atau sunnah²  Nabi yang kamu tinggalkan.

Maka setelah mereka bermuhasabah kepada diri mereka sendiri, mereka dapati mereka meninggalkan sunnah 'Siwak'. Mereka tak guna siwak dalam solat mereka, dalam wuduk mereka.

Maka setelah itu mereka mencari kayu siwak untuk digunakan. Maka masing
²  pada keesokan harinya setelah mendapat surat daripada Amirul Mukminin Umar, mereka mencari kayu untuk siwak.

Keesokan harinya sebelum berperang mereka bersiwak terlebih dahulu, musuh melihat mereka bersiwak lalu mengatakan 'Alamak, macam nak makan kita semua saja mereka hari ini, mereka kasi bersih gigi, kasi tajam gigi macam nak gigit kita.'

Kegerunan menimpa kepada musuh dan akhirnya musuh menyerah kalah kepada kaum muslimin disebabkan sunnah 'Siwak'. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وبارك وسلم -

Dikisahkan oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

(Al-Allamah Al-Musnid Al-Habib Umar ibn Muhammad ibn Sallim ibn Hafidz)
Menangis mendengar nasihat ulama ini bagaimana untuk bawa umat ini yang dipenuhi dengan maksiat dan kegelapan yang telah datang.

Syeikh menceritakan kepada semua alim ulama yang hadir. Antaranya kenapa bathil tersebar.

Kisah semasa pendakwah Islam berdakwah di pedalaman, hutan , bukit di afrika. Pendakwah tadi terasa begitu susah dan perit. Setelah beberapa tempoh mereka pun pulang.

Setelah sampai di airport terjumpa dengan pendakwah kristian berkulit putih. Seorang wanita diantaranya. Bila ditanya kepada wanita tadi kamu ke mana. Jawab wanita itu saya memperhambakan diri untuk kristian dan jesus. Saya berdakwah di afrika ini sudah setahun .

Di tanya lagi pada wanita tadi, kamu kristian tapi kenapa botak kepala. Jawab wanita tadi, saya tidak mahu buang masa. Kerana jika saya berambut panjang. Saya perlukan 30 minit untuk menguruskannya. Ini mengalih perhatian saya dari tugas saya yakni dakwah dan hambakan diri kepada tuhan

Lihat bagaimana usaha bathil. Bagaimana kita ? Sehingga kita tinggalkan dakwah dalan keluarga juga dan biarkan orang sesat juga yang mengemudi rumahtangga kita. Bila orang bathil bergerak dan kesesatan tersebar. Tapi kita mempunyai kalam yang mulia dan hak tapi kita tinggalkan dakwah ini. Jika islam yang hak ini bergerak pasti Islam tersebar dan menang atas bathil
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم


(Al-Habib Ali Al Jufri Hafizohullah)

Di saat Rasulullah bertemu Allah sewaktu peristiwa Isra' wal Mikraj, Nabi Muhammad saw berkata, “Attahiyyatul mubaarokaatush sholawaatut thoyyibaatu lillah, Segala penghormatan yang diberkahi dan segala rahmat yang teramat luhur adalah milik Allah semata”

Setelah Rasulullah mengatakan itu, Allah menyampaikan salam kepada Baginda saw, “Assalaamu ‘alaika ayyuhannabiyyu wa rahmatullahi wabarokatuh”

Nabi Muhammad saw pun menjawab, ‘Assalaamu ‘alainaa wa ‘alaa ibaadillahishshoolihiin’

Kata Habib Ali Al Jufri Hafizohullah, ‘Perhatikan lah, Dalam kemulian dan ketinggian derajatnya, Baginda Saw tak pernah melupakan ummatnya, terutama orang-orang yang solleh agar mereka turut merasakan kebahagiaan sebagaimana yang Beliau saw rasakan.

Oleh itu, didalam setiap solatmu, resapilah bacaan bacaan ini, yaitu ketika engkau sedang dalam duduk bertahiyyat. Itu bukan bacaan sembarangan, itu kalimat yang terlontar didalam peristiwa agung yaitu pertemuan antara Allah dan Nabi Muhammad Saw. Dengan mendalami maknanya, kalian akan terbimbing dalam kehidupan orang orang solleh.

Dan ketahuilah, dengan mengucapkan kalimat kalimat itu, dan kemudian hati kita meresapinya, itu artinya kitia sedang berhubungan langsung dengan Rasulullah