Saturday, December 14, 2013

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

(Al-Allamah Al-Musnid Al-Habib Umar ibn Muhammad ibn Sallim ibn Hafidz)
Menangis mendengar nasihat ulama ini bagaimana untuk bawa umat ini yang dipenuhi dengan maksiat dan kegelapan yang telah datang.

Syeikh menceritakan kepada semua alim ulama yang hadir. Antaranya kenapa bathil tersebar.

Kisah semasa pendakwah Islam berdakwah di pedalaman, hutan , bukit di afrika. Pendakwah tadi terasa begitu susah dan perit. Setelah beberapa tempoh mereka pun pulang.

Setelah sampai di airport terjumpa dengan pendakwah kristian berkulit putih. Seorang wanita diantaranya. Bila ditanya kepada wanita tadi kamu ke mana. Jawab wanita itu saya memperhambakan diri untuk kristian dan jesus. Saya berdakwah di afrika ini sudah setahun .

Di tanya lagi pada wanita tadi, kamu kristian tapi kenapa botak kepala. Jawab wanita tadi, saya tidak mahu buang masa. Kerana jika saya berambut panjang. Saya perlukan 30 minit untuk menguruskannya. Ini mengalih perhatian saya dari tugas saya yakni dakwah dan hambakan diri kepada tuhan

Lihat bagaimana usaha bathil. Bagaimana kita ? Sehingga kita tinggalkan dakwah dalan keluarga juga dan biarkan orang sesat juga yang mengemudi rumahtangga kita. Bila orang bathil bergerak dan kesesatan tersebar. Tapi kita mempunyai kalam yang mulia dan hak tapi kita tinggalkan dakwah ini. Jika islam yang hak ini bergerak pasti Islam tersebar dan menang atas bathil

No comments:

Post a Comment