Saturday, December 14, 2013

  بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

      اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم


(Ustaz Ahmad bin Shadan)
Dikisahkan oleh Ustaz Ahmad Bin Shadan di dalam majlisnya perihal sebuah keluarga yang mempunyai anak kecil.

Keluarga ini sejak dari anaknya kecil lagi mereka sudah mendidik anaknya bahawa rezeki itu Allah SWT yang beri.

Tiap kali anaknya mahu masuk ke dapur untuk makan, ibunya menyuruh anaknya berdoa mohon rezeki dari Allah SWT kemudian baru masuk ke dapur untuk makan.

Suatu hari, ibu bapanya pulang lewat dari rumah dan makanan masih belum tersedia. Dan anaknya pulang awal ke rumah.

Tiba anaknya di rumah, selepas salin pakaian dan ingin masuk ke dapur lalu anaknya berdoa memohon rezeki dari Allah SWT.

Tak lama kemudian ibubapanya tiba di rumah lalu bergegas ke dapur untuk menyediakan makanan. Lalu mereka terperanjat kerana melihat anaknya sedang makan dan punyai makanan yang banyak.

Ibunya bertanya: Dari mana dapat semua makanan ini? Anaknya menjawab: Bukankah ibu yang mengajarkan kepada saya bahawa rezeki itu Allah yang beri. Subhanallah 

No comments:

Post a Comment